|
LOADING! Please wait ...
About TUTURAN KADAYAN SUANG TOPOKON
Salam sejahtera, nama saya BALLINGGI LAWADIN (biasa orang panggil Yok atau Bell) saya berasal dari kg. Menguwou, Topokon, Tamparuli. SABAH. Saya adalah Admin / Webmaster site ini.
Site ini dibina menggunakan http://tribalpages.com/ Sistem yang terbaik yang membenar kita menggunakannya untuk keluarga terutamanya 'family tree' di internet. Anda juga mampu membuka akaun di sini kerana ianya percuma. Saya menjemput anda melawat di site KETURUNAN KELUARGA TOPOKON ini.
Makluman awal bahawa nama Topokon itu adalah merupakan nama tempat / kampung dan bukannya nama moyang keluarga (Saya belum mendapat fakta asal-usul Topokoon). Tetapi bagi usaha ini sementara waktu saya mengambil nama Topokon sebagai site kita. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau ulasan tentang site ini, sila klik http://menguwou.tribalpages.com/tribe/contact? userid=menguwou untuk menghubungi saya.
Site ini percuma. Rekod sekarang...melebihi 1600. site ini telah saya update pada Julai 2018. Maaf, ada program dalam bahasa English.
Semoga usaha ini dapat membantu kita /keluarga anda untuk mengenali siapa jiran anda, boleh jadi mereka itu sepupu anda atau mereka adalah dari kampung asal anda yang sudah lama berpisah. Bonusnya ialah anda tahu siapakah saudara anda. Terutama bagi mereka yang ingin mencari menantu pada ibunya… hehe sudah tentu website ini dapat membantu anda dengan mudah kerana inilah antara lain peranan utama website ini. Jangan lupa menulis sesuatu di http://menguwou.tribalpages.com/tribe/contact?userid=menguwou selepas ini.
Site ini tidak sunyi dari berbagai kesalahan. Saya dahului dengan permohonan berbanyak maaf. Saya percaya anda sendiri pun tahu betapa sukarnya menyediakan rekod ini, saya mulai merekod sejak 1985 atas desakan nenek saya SUYAB@RONDOM MANSAK. Pada mulanya dalam bentuk catatan buku dan kertas lebar tetapi semakin jelas bila saya gunakan software.
Saya sedar bahawa saya tiada mandat untuk mengeluarkan ini melalui internet. Namun seperti diperlukan untuk Generasi Topokon. Marilah kita memikirkan kebaikannya apabila site ini sempurna. Sudah tentu anda ingin berkerjasama kerana ini adalah sejarah. Kita adalah generasi yang mengingati nenek moyang kita.
Tanda nisan Kuburan tanpa nama tidak dapat membantu generasi kita sekarang menelusuri dengan fakta dan bukti-bukti kewujudan kita sebagai orang asal di kawasan ini. Kita perlu nama-nama dan perkuburan yang terpelihara (kerana ini adalah sebahagian dari kehidupan) yang menunjukan bangsa, keturunan dan bahasa.
Maka dengan itu, marilah kita sama-sama membina site ini dengan mengisikan silsilah keluarga anda dan mengirimkan kepada saya. Kita semua mempunyai harapan yang indah sekiranya website KETURUNAN KELUARGA TOPOKON berfungsi dengan baik. Kita boleh merujuk di sini.
Buat makluman anda sehingga hari ini saya merekodkan 12 peringkat keturunan dan sedikit kaitan- kaitan asal-usul, tarikh lahir dan kematian serta beberapa peristiwa saja. Sumber info utama saya adalah dari nenek saya yang bernama SUYAB @RONDOM MANSAK Kg. Menguwou (1915-1999) ketika dia masih hidup dia boleh mengingati nama – nama keluarga Kg. Menguwou, mungkin kerana dia 'Tantagas'. Dalam ritual mereka wajib menyebut nama pada setiap ahli keluarga. Turut menutur: BOHILAN KAWANIT (Kg. Menguwou) dan SINDOI BANDA (Kg. Menguwou). Ahli forum saya: LIMBAYAN ANDUNG, FLORA LAWADIN. Saya memulakan usaha ini sejak sejak 1985, 1990, 1995, dan memasukan Silsilah ini ke dalam website sekitar tahun 2000 dan sentiasa update sehingga sekarang.
Keistimewaan Para Tantagas juga, mereka ini seringkali dijemput untuk menerangkan silsilah semasa 'MONUNUI' bermaksud majlis pertunangan dan semasa 'MIYEAR' iaitu majlis kesyukuran iaitu kenduri 'bayi usia sebulan'.
Di sinilah keluarga berkumpul sebagai komuniti yang besar berbincang mengenai nama yang sesuai untuk diberikan kepada bayi tersebut. Biasanya dari nama datuk nenek moyang yang sudah meninggal. Sebaik nama itu dipersetujui semua, maka anak itu pun digendung bergilir-gilir dimulai oleh orang yang paling tua dalam majlis tersebut dengan ucapan ramalan baik atau harapan masa depan anak, disambut dengan nyanyian-nyanyian yang dipanggil 'SURINDI' yang bermaksud 'TANAK KO KINOROHINGAN' (ANAK TUHAN).
Seterusnya mereka mengistiharkan nama bayi itu kepada sidang hadirin termasuklah peristiharan berupa gelaran panggilan baru kepada ibu bapa dan datuk nenek terutama terambil dari 'NAMA' anak sulung. Pakcik dari saudara ibu dan bapa juga bakal menerima "gelaran panggilan 'NAMA' dari 'NAMA' anak yang seterusnya.
Sebab itulah antara lain para tua-tua dahulu mudah mengingati nama generasi mereka juga melalui panggilan-panggilan tersebut seperti 'AKI'N KONDUYOW' bagi datuk dan 'ADU'N KONDUYOW' bagi nenek yang bermaksud cucu mereka itu benama KONDUYOW. Sudah tentu dari nama nenek moyang yang bernama KONDIYOW. Jangan hairan nama-nama yang tercatat di sini juga ramai yang masih dengan panggilan nama lama seperti kebiasaan di kampong.
Selain dari sumber nenek saya, juga para tua-tua yang saya temui dan bercerita, di sinilah saya menguji kesahihan rekod saya. Saya akui bukan mudah mendapatkan maklumat ini kerana ramai dari mereka cuba mengelak dari menyebut nama-nama mertua. Kadang mereka cukup memberi nama gelaran sahaja. Inilah antara lain kesulitan merekodkan silsilah ini.
Sebab itu sekiranya anda berminat untuk berkerjasama sehingga selesai bolehlah menghubungi saya. Sekiranya anda tidak berminat yang keluarga anda dimasukan di sini hubungi saya juga supaya saya segera memperbetulkan kesilapan. Saya akui perkara ini amat sensitif bagi sesetengah orang.
Keluarga Topokon hari ini sudah berpendidikan dan masing-masing mempunyai hak memilih kesukaan masing-masing seperti: agama, kepercayaan, bahasa, budaya dan sebagainya. Sungguhpun demikian hubungan kekeluargaan dan kejiranan masih sangat erat dan mesra. Jika ada salah satu dari ahli keluarga ini meninggal dunia hampir kesemua wakil keluarga di sekitar kampong Topokon hadir untuk penghormatan terakhir.
Sehingga kita bertemu lagi di mana saja, saya percaya anda tetap saja membantu saya untuk melengkapi WEBSITE KETURUNAN KELUARGA TOPOKON ini.
SETINGGI -TINGGI PENGHARGAAN KEPADA:
WKAN ANGKAJI LAMBANG (rekod)
KK. JOSEPH BIKAT (face Book)
KK. DANSUI PUMPUN (face Book)
KK. NORUMIN SEDAU (face Book)
Saya juga banyak merujuk Nama, tarikh lahir dan lokasi melalui Senarai daftar pemilih. Kadang juga saya merujuk nama di batu nisan. Dan beberapa orang ... sila kirim silsilah keluarga anda dan saya akan masukkan ke website ini.
MASIH DALAM PROSES...
Terima kasih
BALLINGGI @BELL LAWADIN
KONDUYOW
|
Getting Around There are several ways to browse the family tree. The Tree View graphically shows the relationship of selected person to their kin. The Family View shows the person you have selected in the center, with his/her photo on the left and notes on the right. Above are the father and mother and below are the children. The Ancestor Chart shows the person you have selected in the left, with the photograph above and children below. On the right are the parents, grandparents and great-grandparents. The Descendant Chart shows the person you have selected in the left, with the photograph and parents below. On the right are the children, grandchildren and great-grandchildren. Do you know who your second cousins are? Try the Kinship Relationships Tool. Your site can generate various Reports for each name in your family tree. You can select a name from the list on the top-right menu bar.
In addition to the charts and reports you have Photo Albums, the Events list and the Relationships tool. Family photographs are organized in the Photo Index. Each Album's photographs are accompanied by a caption. To enlarge a photograph just click on it. Keep up with the family birthdays and anniversaries in the Events list. Birthdays and Anniversaries of living persons are listed by month. Want to know how you are related to anybody ? Check out the Relationships tool. |
LOADING! Please wait ...
|
|